RODA-RODA KEHIDUPAN – 6

Hari ini nak kongsi kisah RODA-RODA Kehidupan Puan Siti Mardiah yang sangat menarik – Dia  bersemangat untuk menambah ilmu dalam dunia perniagaan. Dan beliau sanggup terbang dari Kota Kinabalu Sabah ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Janda Baik Pahang untuk menuntut Ilmu bersama ABS.

===========================================================================================

Dah tak terbilang entah berapa kali post #BusinessBaseCamp anjuran #ABS lalu di wall fb saya. Rasa ingin tahu membuat saya berhenti dan membaca seketika.

“Kat mana camp ni?…Ohh 2h 1m kat Janda Baik,” aduhh jauhnya, terasa penat nak terbang jauh. “Kan bagus kalau ada kat Sabah,” bisik hati kecil lalu terus saya abaikan post tersebut.

Namun sejak beberapa minggu kepala mula terasa berat. Saya pendiri bisnes yang sentiasa mencari jalan; “Bgmana nak pertahankan bisnes?”. “Bgmana nak kembangkan bisnes?.” “Bisnes kini dlm fasa selesa dan itu yang saya bimbangkan kerana #rasa #selesa itu membunuh. Sudah sampai waktu utk berkembang sebab kalau asyik menjual, bila nak berkembang?.”

Impian dihati nak bina legasi agar bisnes #TaslySabah dan #HikmahTrainingCentre terurus dengan sistematik. Tapi bgmana caranya?,” sambil merenung laptop didepan mata.

Seketika tu jugak post Busines Base Camp lalu depan wall. Kali ni saya mula baca dgn teliti. Kata hati, “Bagus ni, aku mesti pergi belajar. Allah mengilhamkan saya jangan tunggu lagi, “YA, inilah ilmu yang mesti digali dari 2 pakar bisnes”

Pemilik BISNES perlu sediakan CANVAS

“Pemilik bisnes sebelum nak mulakan bisnes perlu ada #CANVAS untuk hala tuju bisnes,” terngiang2 pesanan puan Irnee ketika membuka sesi pagi tu dengan module pertama; Business Model Canvas atau singkatannya BMC.

“#Canvas?, Canvas ni kan digunakan pelukis bagi melakar hasil seni. Lalu apa pulak kaitan Bisnes hingga perlukan Canvas?.

Maka dari jam 10pagi hingga 4pm, puan Irnee mengupas satu persatu kepentingan #BusinesModelCanvas kepada kami, 10 pendiri bisnes yang dahagakan ilmu. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan membentangkan BMC mengikut niche bisnes yang diberi.

Apa itu BMC? – 5 sebab kenapa pendiri bisnes perlu ada BMC.

#1. BMC adalah petunjuk Model Bisnes, sebuah lakaran perlu dibina diatas canvas sebelum memulakan sebarang bisnes. Perincian akan dibuat sebelum #BusinessPlan penuh disediakan.

#2. BMC akan memberi petunjuk bgmana bisnes mencipta pendptan atau apabila bisnes berdepan cabaran. BMC membantu pemilik bisnes agar mampu bertahan dan bersaing dgn pesaing lain.

#3. BMC dpt membantu usahawan baru mencari model bisnes baru dan berinovatif bagi mendptkan tempat dalam pasaran.

#4. BMC digunakan bagi sykt yang berdepan dgn cabaran bisnes bagi mencari jalan untuk menambah nilai atau mengurangkan kos.

#5. Melalui BMC, ia memberi gambaran yang membolehkan pemilik bisnes mengenalpasti beberapa segmen antaranya pelanggan, nilai, channel dan harga dalam 9 petak BMC.

Selepas belajar #BMC

Alhamdulilah, saya mula memahami kepentingan BMC dalam pelbagai segmen untuk membangun, mengekal dan mengembangkan bisnes. BMC adalah petunjuk arah yang jelas dan nyata, perlu diguna pakai oleh pemilik bisnes setiap masa. Apabila bisnes berdepan cabaran, gunakan model canvas sebagai panduan untuk menyusun atur bisnes semula.

Sesi kedua jam 4pm – 11pm berkaitan #Persyarikatan.

Saya akan share dlm post akan datang apa yang dipelajari berkaitan #persyarikatan oleh puan Armiati. Module mengupas pelbagai masalah syarikat yang di hadapi pemilik bisnes dan cara menanganinya. Juga mengenali perbezaan enterprise, PLT dan Sdn Bhd. (Yang ada sykt PLT tapi tak faham mmg perlu belajar).

InsyaAllah untuk warga Sabah pada bulan Julai (selepas raya), ABS Business Base Camp @ 2h 1m bakal diadakan di Inanam Taipan. Jangan biarkan bisnes anda terus sendu…..cari Ilmu pengurusan dan Ilmu kewangan disini!

Kalau anda berminat nak buat DUIT secara online boleh klik butang di bawah ini

KLIK DISINI

Jom terus #follow dan #seefirst untuk info2 terkini

#janganberhentibelajar #rodarodakehidupan
#taslysabah #hikmahtrainingcentre
#mendorongdiriuntukmenulis